Sunday, January 31, 2010

Cintaku Terhalang 2 - Hati Yang Pedih

Aku tak tau kepada sapa harus aku mengadu. Seperti biasa, akhirnya, kau menjadi pilihan hati untuk meluahkan seluruh isi hati ini. Yah, memang benar. Kisah cinta aku dan dia merupakan satu cinta terhalang. Aku sedar, aku hanya seorang lelaki yang cuba untuk menagih cinta seorang sahabat juga bernama lelaki. Kau sedar akan apa yang aku rasa kan terhadap diri mu. Namun, kau masih dengan sikap mu yang asyik menidak kan nya. Ya, ko berhak menidakkan kehadiran aku, tapi kau berlaku kejam terhadap ku.

Terlalu banyak perkara yang telah aku korban kan untuk diri mu.

Dan sewajarnya aku menyalahkan diri ini sendiri kerna bisa membenarkan CINTA TERHALANG ini bertakhta di hati. Dan kau juga bersalah, kerna bisa memberikan aku satu harapan yang tidak pernah pudar. Tatkala aku cuba melupakan diri mu, ko masih hadir meminta simpati.

Sedari ku ini, telah berada di tahun akhir pengajian. Namun, pada hakikat terakhir ini, aku masih mengharapkan ko mencintai aku seperti mana aku mencintai kamu. Sekurang-kurangnya, tidak kah kau mampu memberikan aku cinta seperti seorang sahabat.

Yaks, tidak mungkin bukan. Aku mengerti, siapa diri ini. Namun, masih ingatkah kau dikau, dikala kau sedang merintih kesakitan, siapa yang bisa membawa kau pergi ke rumah sakit. Sedangkan, semua orang mengerti yang aku punya peperiksaan pada keesokan hari nya.

Masih ingat kah kau, di kala kau kesedihan, siapa yang bisa menenangkan hati mu. Di kala keserabutan melanda dirimu, siapa yang bisa kau temui untuk berada di sisimu. Bukan kah aku??

Sikap mu benar2 melukakan hati ku. Sayangku pada mu, tidak pernah pudar walau sedikit. Takkan seperti bunga2 yang kembang mekar akhirnya jatuh layu.

Aku masih mencintai mu. Ya ALLAH, tolong lah bantu aku. Aku mohon padamu, pudar kan lah hati ini dari cinta-cinta kotor ini.

Sesungguhnya, ini merupakan satu cinta terhalang yang tidak mampu aku tanggungi lagi. Bantulah aku ya Tuhan semesta alam ku.

Cintaku Terhalang 1

Inilah dia, sebuah cinta terhalang yang aku biarkan mengalir di dalam tubuh ku. Cintaku sebagai lelaki kepada seorang sahabat lelaki. Ya, benar, cinta ini tidak wajar berada di hati ku, namun aku mula menyedari, yang aku menyangi Dia lebih dari seorang sahabat sejati.

Di mana kewajaran untuk diriku ini bertakhta di hati dia. Aku benar-benar buntu memikirkan apakah yang harus aku lakukan.

Si Dia sudah berpunya. Kepunyaan seorang wanita yang berharta dan mampu melakukan apa sahaja untuk memusnahkan aku. Namun, aku masih beringat, kuasa seorang manusia tetap terbatas. Tidak kira sehebat mana dirimua wahai Wanita Bertuah, namun akhirnya kamu akan jatuh jua.

Aku hanya mampu berdoa, agar Tuhan Sekalian Alam menunjukkan aku jalan yang benar.

Cinta Terhalang ini harus dititik noktahkan agar diriku ini tidak dicerla suatu hari nanti. Dan aku tidak bisa membenarkan hati ku ini di hiris sembilu yang mampu membunuhku secara senyap.

hati terluka,