Salam. Buat pengetahuan semua, hubungan saya bersama dia masih seperti biasa. Pabila berada bersama, kami masih lagi ceria. Namun, hati ku tetap gusar kerna cinta yang berputik ini bukan lah cinta yang suci. cinta ini cinta terlarang seorang lelaki.
Hari ini, aku bertindak seperti biasa. selalunya, sekiranya aku ingin menyuapkan makanan kepada si dia, dia tidak pernah untuk mengelak. Namun, hari ini, keadaan sungguh janggal sekali.
Suapan aku ditolak. Ya, bukan lah dengan kasar. Dia hanya menyatakan tidak mahu.
Aku tidak layak untuk dia.
Pada malam ini juga, aku baru membuka facebook untuk melihat gambar si dia. Luluh hancur hatiku bila melihat jam yang dipakai oleh kekasih hatinya serupa dengan jam yang dipakainya.
Aku mengerti, sekaya mana aku sekali pun, masih tidak mampu menandingi kehebatan si gadis jelita. Ya, aku memang kaya dari segi wang dan harta. Siapa tidak kenal aku. Driver of BMW 5 series, dan semua barang yang dibeli, berjenama.
Namun, itu semua bukan lah sebab untuk orang yang telah mencuri hati ku ini untuk bersamaku. Mana mungkin seorang lelaki bisa menandingi jelitawan seorang gadis untuk menambat hati seorang lelaki jua.
Si gadis juga, tidak kurang hebatnya. Terkenal dengan kekayaan nya. Walau tidak sehebat aku, namun dengan kemewahan yang ada, masih mampu untuk keluar negara, bercuti bersama keluarga setiap tahun.
Aku masih ingat kata-kata orang yang telah mencuri hati ku ini, "kita kalau dah kaya, mesti lah nak awek@isteri yang kaya juga".
siapa lah aku untuk bertakhta di hati mu sayang.
with love,

hmmm... pandangan yang menarik tentang cinta... terlalu tapikal pun masih ada... Dia dah bg tanda buat cinta untuk tidak lagi mencintai... berharap itu menyakit... adakala kita perlu berhenti berharap cinta
ReplyDeletesungguh sakit iman~
ReplyDelete