Sunday, February 14, 2010

Cintaku Terhalang 3 : owh.... aku teramat rindukan dia

Salam semua.saya teramat la rindukan dia.Hari ni adalah Valentine Day. Dan saya yakin dia menyambut celebration ni dengan kekasih hati dia. sigh~ aku mengharapkan agar aku mampu untuk bersama dia selama mana yang aku harapkan.

dia tetap menjadi kekasih hati aku. to be honest kepada semua pembaca, aku mempunyai secret admirer (do no expect them to be girl) sendiri. terdapat dua orang. dan mereka berdua sudah lama menyatakan rasa hati mereka kepada ku.

namun aku tidak bisa untuk memberikan hati ku ini, kerana ia telah lama dicuri lama dahulu. aku hanya mampu melihat, bagai mana kemesraan mereka terjalin.

sebenarnya, sebelum cuti raya cina ni, aku yang bersalah kerana membenarkan sekali lagi hati aku dicuri, dan bila aku pulang ke rumah, aku terseksa kerana aku tidak mampu melihat wajahnya.

jikalau di bilik, aku selalu bersama. aku akan make sure dia rasa bahagia. aku selalu membiarkan diri aku di buai perasaan syok sendiri. di bilik dia, aku selalu lepak, dan landing kat badan dia sambil layan movie sama-sama.

dia sendiri pun tidak pernah menyatakan ketidakselesaan nya kepada ku, dan hanya membiarkan sahaja berlaku. nah, itu sahaja sudah jelas menyatakan bahawa dia membenarkan aku mencintai dia.

sigh, ya ALLAH, Kau bantulah hamba mu yang lemah ini, kerana sesungguhnya engkau la yang maha kuasa lagi maha hebat.

Kau elakkanlah diri ku ini dari terus mengharapkan dan mengagungkan cinta terhalang ini.

Amin.




2 comments:

  1. perasaan suka berbeza dari sayang, perasaan sayang itu jauh beda nya dari cinta... cinta kena tahu apa itu suka, apa itu sayang dan apa itu cinta... jangan salah maksudkan segalanya kerana nanti memakan diri sendiri...
    berkali-kali iman baca setiap post yang ada di kamar ini, iman cuba selami... namun iman hanya mampu mengerti tapi belum mamhu fahami

    ReplyDelete
  2. hurm, betul ckp iman, mungkin perasaan saya sekrang hanyalah persaaan seorang sahabat yang terlalu sayangkan dia. namun, tidka saya nafikan, saya terlalu sayang sehingga tidak mampu untuk melepaskan nya. jika apa berlaku pun, saya akan tetap bersama dia.

    ReplyDelete